Saturday, 13 August 2011

Latar Belakang

Syarikat Zairah Industries adalah syarikat pengeluar produk Murtabak Raja. Syarikat ini beroperasi dialamat Lot 2425, Jalan 4/7, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, 16100 Kota Bharu Kelantan. Pemilik syarikat adalah Nik Mohammed Fadilah b. Nik Ab Rahman dan dibantu oleh isterinya Raja Zairah binti Raja Zakaria.
Pada peringkat permulaan syarikat ini telah beroperasi dari rumah dan menghasilkan Murtabak sebanyak 50 biji sehari.  Sejak November 2009, operasi syarikat telah berpindah ke kilang sekarang dan pengeluaran murtabak telah dipertingkatkan kepada 500 biji sehari.
Aktiviti utama syarikat ini adalah menjalankan pemprosesan Murtabak Raja untuk pasaran tempatan dan luar. Aktiviti ini dapat memberi pilihan kepada orang ramai bagi merasai dalam sajian tradisional penduduk kelantan serta memperkenalkan keperbagai makanan tradisional orang kelantan.
Kini, Zairah Industries Sdn Bhd telah menjadi peneraju utama pengeluaran Murtabak raja bagi seluruh Negeri Kelantan dan di kenali seluruh Malaysia. Jualan Murtabak Raja ini juga telah diperluaskan ke seluruh Malaysia melalui agen-agen dan agensi-agensi berkenaan. Kejayaan ini hasil daripada usaha pihak pengurusan serta semua kakitangan Zairah Industries Sdn Bhd serta khidmat nasihat dan bantuan dari perbagai agensi kerajaan.

No comments:

Post a Comment